Monday, August 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN


Selamat menyambut bulan ramadan buat rakan-rakan sekalian. Semoga ramadan ini membawa sinar kejayaan dalam hidup kita semua. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah yang menciptakan kita.

Monday, July 26, 2010

Waja Baru


Inilah rupa waja yang baru. Modelnya seakan Lancer.

Wednesday, July 21, 2010

Hayatilah

Suara Didengar Mayat

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
• Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
• Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
• Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
• Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
• Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
• Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
• Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
• Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
• Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
• Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
• Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
• Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
• Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
• Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
• Kini Kau Tinggal Seorang Diri
• Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
• Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
• Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
• Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
• Hari Ini,....
• Akan Kutunjukan Kepadamu
• Kasih Sayang-Ku
• Yang Akan Takjub Seisi Alam
• Aku Akan Menyayangimu
• Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
• Kembalilah Kepada Tuhanmu
• Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
• Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
• Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Anda Ingin Beramal Shaleh...?

Tolong Kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.

Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???
Kesempatan ini marilah kita saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.

Monday, June 28, 2010

Serangan Makhluk Halus

Pada hari Khamis yang lalu, seorang anak muridku dari Tahun 3 Cempaka telah disamput oleh makhluk halus. Tindakannya agak agresif. Aku dan kawanku memberi pertolongan kepadanya pada peringkat awal sehinggalah kami bawakannya ke rumah seorang bomoh untuk diubati. Lebih kurang satu jam lebih pelajarku bertarung dengan bomoh yang mengubatinya. Aku begitu terkejut bila mendapati sikap dan kelakuannya boleh bertukar begitu ganas sekali. Inilah yang dikatakan tindakan dalam keadaan tanpa sedar oleh pelakunya. Aku tidak terkejut kerana aku sendiri pernah melaluinya. Tapi tiada yang lebih hebat daripada kekuasaan Allah SWT. Ingatlah bahawasanya Allah itu lebih berkuasa daripada segalanya.

Wednesday, May 19, 2010

Fikirkan Sejenak


Sama-samalah kita renung dan fikirkan dialog di atas.

Monday, May 17, 2010

Kad Hari Guru


Wednesday, May 12, 2010

Kursus Pembelajaran Berpusatkan Murid

Bermula 11 Mei sehingga 13 Mei 2010, aku menghadiri satu kursus di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Besut. Kursus ini bertajuk" Pembelajaran Berpusatkan Murid". Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Pelbagai perkara baru yang dapat aku ketahui sepanjang mengikuti kursus ini. Guru-guru yang terlibat dalam kursus ini datangnya dari Terengganu dan Kelantan.

Monday, May 10, 2010

SELAMAT HARI IBU

Ibu,Ibu.... engkaulah ratu hatiku..... Kita sering mendengar nyanyian lagu ini apabila tibanya sambutan hari ibu. Tapi sedarkah kita betapa tingginya martabat seseorang ibu? Kita tahukah sejauhmana kasih kita kepada mereka? Pengorbanan mereka begitu besar dan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hargailah mereka setiap masa selagi mereka ada di dunia ini. Janganlah kita melukakan hati mereka semata-mata untuk kepuasan kita sendiri. Betullah kata pepatah " Seorang ibu mampu menjaga anak yang ramai" tetapi mampukah anak itu menjaga seorang ibu apabila tua nanti. Hari ini kita boleh melihat sendiri betapa ramainya golongan ibu yang dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua oleh anak-anak mereka sendiri. Alasannya cuma tidak mampu untuk mengurus keperluan mereka kerana sibuk dengan hal duniawi. Sedarlah wahai anak-anak sekalian jasa ibu tiada tandingannya. Abdikan diri kita kepada mereka selagi nyawa dikandung badan. Biarkan hidup mereka berakhir dengan kegembiraan. Selamat Hari Ibu. Kaulah segalanya untukku dan permata yang paling berharga untuk diriku.

Wednesday, May 5, 2010

SELAMAT HARI GURU

Bulan Mei bertandang lagi. Sekali lagi kita akan merayakan sambutan 'Hari Guru'. Tahun ini merupakan tahun yang ke-11 aku menyambut hari guru dalam hidupku sebagai seorang pendidik. Tanpa didikan seorang guru sudah tentu aku tidak akan berada dalam profesion ini sekarang. Terima kasih kepada semua guru yang banyak menabur jasa memberi didikan kepada setiap muridnya. Selamat hari guru untuk semua guru di dunia.

Saturday, April 24, 2010

Pahit akan manis akhirnya

Bila sebut perkataan susah semua orang benci mendengarnya. Malah pelajar-pelajar sekolah paling benci jika tugasan yang diberikan kepada mereka itu susah untuk diselesaikan. Apa yang orang paling takut lagi ialah hidup susah. Kalau diberi pilihan, tiada seorang pun di dunia ini yang ingin hidup susah. Dengan kata lainnya "MISKIN". Semua orang mahu kaya dan hidup senang. Duit begitu mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Tiada duit bermakna hidup akan menjadi kucar-kacir dan tidak tenteram. Tapi ingatlah semua bahawa duit itu bukanlah segala-galanya. Ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit. Terimalah ujian daripada Yang Esa dengan hati yang tulus dan penuh kesabaran. Panjatkan doa selalu kepadaNya nescaya suatu hari nanti kita juga akan menikmati kemanisan itu. Percayalah bahawasanya rezeki itu akan muncul juga sekiranya kita yakin dengan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Setiap janji yang ditabur olehNya akan ditunaikan. Ingat dan yakinlah pahit akan manis akhirnya sepertimana lagu nyanyian kumpulan Ukays yang sangat popupar di awal tahun 1990-an dulu.

Monday, April 19, 2010

Kecewa dengan berat badan anda?






Anda mempunyai masalah berat badan yang serius? Anda kecewa kerana belum berjaya menurunkan berat badan? Banyak produk pelangsingan telah dicuba tapi tidak berhasil? Ini jawapannya produk pelangsingan terkini Slim Diet 2. Hangat di pasaran. Harga murah dan mampu dibeli oleh segenap lapisan. Hanya RM 144 sahaja setin. Jika berminat boleh hubungi saya di talian 019-9458719( Mahadi ).Untuk maklumat lanjut sila layari
www.slimdiet2penang.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

SAMBUTAN HARI KELUARGA ROSMADI

Rosmadi Optometrist telah mengadakan hari keluarga di Arwana Perhentian bermula 29 Mac sehingga 31 Mac 2010 di Pulau Perhentian.Perjalanan kami begitu mencabar kerana terpaksa meredah ombak yang begitu kuat. Dibawah ini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan kenangan


Monday, March 22, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya aku telah dipilih oleh majikan tempat aku bertugas untuk menerima APC bagi tahun perkhidmatan 2009. Satu lagi berita gembira yang aku terima selepas surat DGA32 aku sampai. Inilah dikatakan rezeki yang datang tanpa diduga atas kehendakNya.

Tuesday, March 9, 2010

DGA32

Alhamdullillah akhirnya sampai juga kenaikkan pangkatku ke gred DGA32. Aku ingatkan dah tiada tahun ini sebab lambat sangat keputusannya diwartakan. Aku bersyukur kepada Allah yang telah memilihku untuk layak mengisi kekosongan ke gred DGA32 ini. Sekaligus dapatlah meringankan lagi bebanan yang ditanggung oleh aku setelah pemotongan pinjaman perumahan dibuat awal Oktober 2009 lalu. Kepada rakan-rakan yang menerima berita yang sama aku ingin mengucapkan tahniah dan sama-samalah kita bekerja dengan lebih kuat lagi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi bekerja kerana Allah. Jangan jadikan diri kita sebagai manusia yang suka membodek majikan demi kepentingan diri sendiri sehingga menyusahkan kehidupan rakan-rakan disekeliling kita.

Thursday, February 25, 2010

Reload Celcom dan Maxis






PERHATIAN.........................


Kepada warga SK Alor Peroi yang ingin reload celcom dan maxis bolehlah menghubungi saya di mana sahaja dan bila-bila masa. Yang penting anda bayar.

Thursday, February 11, 2010

Tambah pendapatan

Cubalah buka kawan-kawan .........................
biz tnpa modal..terbaru..untung besar

http://www.catcheye.com.my/?r=59933

cume DAFTAR,PROMOSI KPD RAKAN2 DAN TERUS DAPAT wang.TAK PERLU MODAL seSEN PUN.RM0 PERCUMA Keterangan

URL : http://www.catcheye.com.my/?r=59933

hai, beri saya peluang 5 minit saja untuk anda fahami program ini. CATHEYE adalah sebuah syarikat pengiklanan baru di Malaysia.Apa yang menariknya anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat.Ya mudah saja,klik2 iklan tak sampai 1 minit anda dah dapat duit.Malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti.Katakan anda menaja 10 orang di level 1,kemudian mereka menaja 10 orang lagi,sehingga 4 level,tahu tak anda akan memperolehi RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan.Kalau sehari mereka klik 10 X,anda perolehi RM11X10= RM110,jika sebulan anda akan perolehi RM110X30=RM3300,banyak tu,anda tak nak ke??Jom lah sertai saya,benda ni 100% percuma,tak perlu modal,tanpa risiko pula tu,cuma perkenalkan kepada 10 orang aje,promote link URL anda,benda free takkan tak nak cuba. Untuk makluman anda keahlian catcheye telah mencecah 20,000 orang sekarang,mereka yang melayari internet lebih dari 1 juta orang,jadi jangan tunggu lagi.

Cara nak register:-

1)http://www.catcheye.com.my/?r=59933
2)Klik join catcheye now.
3)Isi maklumat diri,IC,dan alamat(penting sebab cek dihantar berdasarkan alamat ini selepas cukup RM50)
4)Isi jawapan:
Soalan 1 jawapannya A,
Soalan 2 jawapannya B,
Soalan 3 jawapannya A.

Jika anda salah jawab pendaftaran tidak akan diterima.Klik agree dan proceed.Ok siap. Kemudian apa perlu anda buat?
1) Klik sign in.
2) Lepas sign in klik reward panel
3) Anda akan lihat akaun anda ada RM1.00 bonus dan link anda.
4) Copy link anda dan gantikan link saya dengan link anda.
5) Postkan risalah saya ini di buletin myspace & dan emailkan kepada kawan2.
6) Lihatlah tak sampai sebulan anda ada 10 orang dibawah anda.Jangan tunggu lagi

Lawati http://www.catcheye.com.my/?r=59933

Tuesday, February 9, 2010

Apa Sudah Jadi

Ke mana hilangnya nilai-nilai murni dalam diri manusia pada hari? Anak-anak yang diamanahkan oleh Allah tidak lagi dijaga dengan baik. Malah mereka ini telah menjadi mangsa dera oleh kedua ibu bapa mereka sendiri. Deraan ini meliputi aspek fizikal dan juga seksual. Kita baru digemparkan dengan berita yang begitu menyedihkan apabila seorang bayi yang berusia 5 bulan diliwat oleh seorang manusia yang berjiwa binatang. Suspek utama itu adalah bapanya sendiri. Apa sudah jadi dengan budaya timur yang disemai oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Jika beginilah keadaannya, tidak mustahil suatu hari nanti kehidupan kita akan kembali seperti di zaman jahiliah. Pagar yang diharapkan untuk menjaga keselamatan kini tidak lagi boleh dipercayai. Mungkinkah kita sekarang sudah menghampiri dunia akhir zaman atau dengan kata lain kiamat sudah hampir tiba. Sama-samalah kita muhasabah diri sebelum kita menutup mata buat selamanya. Amin.

Monday, February 1, 2010

Sekadar Renungan

Hari ini sudah masuk bulan yang kedua dalam tahun 2010. Tahun ini merupakan tahun yang ke-11 aku berkhidmat sebagai seorang guru. Jika peringkat awal aku menjejakkan kaki di Maktab Perguruan dulu, aku masih tidak dapat menerima yang aku akan menjadi seorang guru. Ini kerana cita-citaku sebenarnya bukannya menjadi seorang guru. Inilah kebesaran Ilahi, menentukan nasib diriku di dalam bidang keguruan. Tetapi setelah 10 tahun melaluinya, aku semakin seronok walaupun kadang kala jiwaku tertekan dengan bebanan tugasan yang diberikan. Seperti kata pepatah " Alah bisa tegal biasa ". Jika kita tidak sanggup berdepan dengan segala kemungkinan yang berlaku, sudah pasti kita akan rebah dan kalah sebelum berjuang. Jalankanlah amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan sebelum kita mengecapi kemanisan. Akhir kata, apa-apa pekerjaan yang dilakukan hendaklah dengan keikhlasan.

Thursday, January 28, 2010

Berita Baik

Berita baik untuk semua guru, SBT akan dijalankan seperti biasa apabila TPM, mengumumkan peruntukkan untuk program tersebut kelmarin. Sebelum ini peruntukkan tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan. Namun, semuanya telah terjawab apabila berita gembira ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Dengan ini jelaslah bahawa kerajaan mengambil berat akan kepentingan dalam aspek pendidikan rakyat. Sama-samalah kita menjalankan tugas selepas ini dalam SBT pula.

Wednesday, January 27, 2010

Buku Tetamu

Terima Kasih

Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memasuki blog saya. Harap anda semua menyukainya. Maklumlah blog ini saya wujudkan tanpa ada pengetahuan yang mendalam. Jika ada sebarang kecacatan dalam blog ini saya mohon maaf. Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan yang boleh membina daripada anda semua. Sebarang pandangan bolehlah ditulis diruangan komen setiap bingkisan yang dipaparkan di dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak.

Monday, January 25, 2010

ALAM KUBUR

Hayatilah dan insafilah sebelum kita menuju ke alam itu.

Video Hari ini

Sama-sama kita hayati pengorbanan seorang ibu.

Nyaris basah

Pagi ini semasa aku bertolak ke sekolah, aku nyaris basah kuyup kerana hujan turun renyai-renyai di tengah-tengah perjalanan. Tapi aku bersyukur kerana Allah masih lagi membantu aku yang berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Aku ke sekolah dengan menaiki motosikal. Nak jimat katakan. Maklumlah gajiku dah tinggal sikit sahaja selepas pemotongan pinjaman perumahan. Bilalah surat untuk kenaikkan pangkatku ke gred DGA32 akan sampai. Dengan ini dapatlah aku merasa kenaikkan gaji dan dapat menstabilkan sedikit kewanganku. Sudah masuk bulan yang ke-4 gajiku dipotong. Potongannya bolehlah tahan iaitu RM 1200.00 sebulan. Sabar je ler. Ini pun pelaburan namanya. Kalau aku tak beli rumah sampai bila aku nak tinggal di rumah sewa.

Sunday, January 24, 2010

PERGI- Aizat Juara Lagu'09

CT AJL 2009

Ujian TOV

Pada tanggal 26 Januari sehingga 28 Januari, para pelajar tahun 2-6 seluruh negeri Terengganu akan menduduki satu ujian pengesanan( TOV ). Ujian ini diadakan bertujuan untuk mengesan tahap kebolehan para pelajar secara keseluruhannya. Dengan keputusan yang akan diperolehi memudahkan para guru dan pihak sekolah mengatur strategi bagi mengatasi segala kelemahan murid yang telah dikenalpasti melalui ujian tersebut. Selamat mengawasi dan memeriksa kertas ujian diucapkan kepada kawan-kawan semua.

Foto Lawatan Ke TUDM 2009

Thursday, January 21, 2010

Cola akan ditarik

Kakitangan kerajaan akan menerima satu lagi tamparan apabila desas-desus mengatakan bayaran sara hidup @ cola akan ditarik balik oleh pihak kerajaan.Jika ini hakikatnya, semua kakitangan kerajaan harus bersiap sedia menempuh liku-liku kehidupan yang lebih mencabar terutamanya mereka yang bergaji kurang daripada RM 1000.

Wednesday, January 20, 2010

Foto Kenangan

Monday, January 18, 2010

MAJLIS KESYUKURAN

Tanggal 19 Januari 2010, SK Alor Peroi akan mengadakan satu majlis kesyukuran sempena kejayaan UPSR 2009.Semua pelajar yang cemerlang dalam UPSR'09 akan diraikan dan diberi saguhati berbentuk wang ringgit daripada pihak sekolah dan PIBG. Semua ibu bapa juga dijemput menjayakannya selain guru-guru yang yang mengajar di sekolah-sekolah berdekatan dengan SK alor Peroi. Malam ini khabarnya akan ditumbangkan seekor lembu untuk majlis itu nanti. Hari ini para pekerja dan guru sudah sibuk membuat persiapan terakhir. Khemah sudah dipasang oleh pihak Majlis Daerah Besut. Semoga dengan majlis ini hubungan pihak sekolah dan ibu bapa serta masyarakat setempat akan bertambah utuh. Tahun ini juga diharapkan keputusan UPSR akan terus meningkat dan membanggakan pihak sekolah. Marilah kita sama-sama menjayakan Majlis Kesyukuran yang akan diadakan esok.

Aku Tak Faham

Aku tidak mengerti dengan keadaan di sekolah sekarang ini. Pembahagian tugas tidak menyeluruh. Dengan kata yang lain "TIDAK ADIL". Guru yang tidak menolak tugasan akan diberi tugasan yang bertimbun. Manakala guru yang asyik menolak tiada langsung jawatan penting yang dipegang. Itulah dunia namanya. Mereka yang baik selalunya akan dibuli dan yang buat-buat sibuk akan bermaharajalela. Sepatutnya pembahagian tugas sama rata. Bak kata pepatah" BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING". Malangnya tidak sebegitu. Saya sangat kasihan dan simpati kepada rakan-rakan yang mengalami masalah tersebut. Saya faham apa yang dirasai oleh mereka kerana saya juga sedang melaluinya. Nasihat saya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diteguhkan iman dan kesabaran dalam diri kita.Amin.........

Thursday, January 14, 2010

Kembali Ke Sekolah

Sudah masuk 2 minggu sesi persekolahan 2010 bermula. Tahun ini aku sudah tidak lagi mengajar subjek BI. Sebaliknya aku telah diberi tanggungjawab untuk mendidik murid-murid Tahun 3 Cempaka dalam subjek BM dan Matematik. Tanggungjawabku adalah untuk memastikan murid-murid 3C boleh membaca dan mengira. Aku sahut cabaran itu walaupun agak berat.Tahun ini juga aku berulang-alik dari rumahku di Jelawat. Masa untuk sampai ke sekolah lebih kurang 30 minit. Tugasku di sekolah pula tidak banyak berubah. Aku masih lagi memegang jawatan penyelaras makmal komputer, unit beruniform dan guru ict. Manakala jawatan penyelaras kantin telah berjaya aku tolak dalam mesyuarat JKS 2010 yang diadakan kelmarin. Bukan apa, banyak sangat jawan penyelaras yang terpaksa aku sandang. Sedangkan di sekolah ini masih ramai lagi guru lain. Kadang-kadang terlintas di benak fikiranku pembahagian tugas tidak adil kerana ada guru yang langsung tidak pegang jawatan penting.SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute