Saturday, April 24, 2010

Pahit akan manis akhirnya

Bila sebut perkataan susah semua orang benci mendengarnya. Malah pelajar-pelajar sekolah paling benci jika tugasan yang diberikan kepada mereka itu susah untuk diselesaikan. Apa yang orang paling takut lagi ialah hidup susah. Kalau diberi pilihan, tiada seorang pun di dunia ini yang ingin hidup susah. Dengan kata lainnya "MISKIN". Semua orang mahu kaya dan hidup senang. Duit begitu mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Tiada duit bermakna hidup akan menjadi kucar-kacir dan tidak tenteram. Tapi ingatlah semua bahawa duit itu bukanlah segala-galanya. Ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit. Terimalah ujian daripada Yang Esa dengan hati yang tulus dan penuh kesabaran. Panjatkan doa selalu kepadaNya nescaya suatu hari nanti kita juga akan menikmati kemanisan itu. Percayalah bahawasanya rezeki itu akan muncul juga sekiranya kita yakin dengan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Setiap janji yang ditabur olehNya akan ditunaikan. Ingat dan yakinlah pahit akan manis akhirnya sepertimana lagu nyanyian kumpulan Ukays yang sangat popupar di awal tahun 1990-an dulu.

0 comments:

Post a Comment

ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute