Thursday, January 28, 2010

Berita Baik

Berita baik untuk semua guru, SBT akan dijalankan seperti biasa apabila TPM, mengumumkan peruntukkan untuk program tersebut kelmarin. Sebelum ini peruntukkan tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan. Namun, semuanya telah terjawab apabila berita gembira ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Dengan ini jelaslah bahawa kerajaan mengambil berat akan kepentingan dalam aspek pendidikan rakyat. Sama-samalah kita menjalankan tugas selepas ini dalam SBT pula.

Wednesday, January 27, 2010

Buku Tetamu

Terima Kasih

Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memasuki blog saya. Harap anda semua menyukainya. Maklumlah blog ini saya wujudkan tanpa ada pengetahuan yang mendalam. Jika ada sebarang kecacatan dalam blog ini saya mohon maaf. Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan yang boleh membina daripada anda semua. Sebarang pandangan bolehlah ditulis diruangan komen setiap bingkisan yang dipaparkan di dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak.

Monday, January 25, 2010

ALAM KUBUR

Hayatilah dan insafilah sebelum kita menuju ke alam itu.

Video Hari ini

Sama-sama kita hayati pengorbanan seorang ibu.

Nyaris basah

Pagi ini semasa aku bertolak ke sekolah, aku nyaris basah kuyup kerana hujan turun renyai-renyai di tengah-tengah perjalanan. Tapi aku bersyukur kerana Allah masih lagi membantu aku yang berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Aku ke sekolah dengan menaiki motosikal. Nak jimat katakan. Maklumlah gajiku dah tinggal sikit sahaja selepas pemotongan pinjaman perumahan. Bilalah surat untuk kenaikkan pangkatku ke gred DGA32 akan sampai. Dengan ini dapatlah aku merasa kenaikkan gaji dan dapat menstabilkan sedikit kewanganku. Sudah masuk bulan yang ke-4 gajiku dipotong. Potongannya bolehlah tahan iaitu RM 1200.00 sebulan. Sabar je ler. Ini pun pelaburan namanya. Kalau aku tak beli rumah sampai bila aku nak tinggal di rumah sewa.

Sunday, January 24, 2010

PERGI- Aizat Juara Lagu'09

CT AJL 2009

Ujian TOV

Pada tanggal 26 Januari sehingga 28 Januari, para pelajar tahun 2-6 seluruh negeri Terengganu akan menduduki satu ujian pengesanan( TOV ). Ujian ini diadakan bertujuan untuk mengesan tahap kebolehan para pelajar secara keseluruhannya. Dengan keputusan yang akan diperolehi memudahkan para guru dan pihak sekolah mengatur strategi bagi mengatasi segala kelemahan murid yang telah dikenalpasti melalui ujian tersebut. Selamat mengawasi dan memeriksa kertas ujian diucapkan kepada kawan-kawan semua.

Foto Lawatan Ke TUDM 2009

Thursday, January 21, 2010

Cola akan ditarik

Kakitangan kerajaan akan menerima satu lagi tamparan apabila desas-desus mengatakan bayaran sara hidup @ cola akan ditarik balik oleh pihak kerajaan.Jika ini hakikatnya, semua kakitangan kerajaan harus bersiap sedia menempuh liku-liku kehidupan yang lebih mencabar terutamanya mereka yang bergaji kurang daripada RM 1000.

Wednesday, January 20, 2010

Foto Kenangan

Monday, January 18, 2010

MAJLIS KESYUKURAN

Tanggal 19 Januari 2010, SK Alor Peroi akan mengadakan satu majlis kesyukuran sempena kejayaan UPSR 2009.Semua pelajar yang cemerlang dalam UPSR'09 akan diraikan dan diberi saguhati berbentuk wang ringgit daripada pihak sekolah dan PIBG. Semua ibu bapa juga dijemput menjayakannya selain guru-guru yang yang mengajar di sekolah-sekolah berdekatan dengan SK alor Peroi. Malam ini khabarnya akan ditumbangkan seekor lembu untuk majlis itu nanti. Hari ini para pekerja dan guru sudah sibuk membuat persiapan terakhir. Khemah sudah dipasang oleh pihak Majlis Daerah Besut. Semoga dengan majlis ini hubungan pihak sekolah dan ibu bapa serta masyarakat setempat akan bertambah utuh. Tahun ini juga diharapkan keputusan UPSR akan terus meningkat dan membanggakan pihak sekolah. Marilah kita sama-sama menjayakan Majlis Kesyukuran yang akan diadakan esok.

Aku Tak Faham

Aku tidak mengerti dengan keadaan di sekolah sekarang ini. Pembahagian tugas tidak menyeluruh. Dengan kata yang lain "TIDAK ADIL". Guru yang tidak menolak tugasan akan diberi tugasan yang bertimbun. Manakala guru yang asyik menolak tiada langsung jawatan penting yang dipegang. Itulah dunia namanya. Mereka yang baik selalunya akan dibuli dan yang buat-buat sibuk akan bermaharajalela. Sepatutnya pembahagian tugas sama rata. Bak kata pepatah" BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING". Malangnya tidak sebegitu. Saya sangat kasihan dan simpati kepada rakan-rakan yang mengalami masalah tersebut. Saya faham apa yang dirasai oleh mereka kerana saya juga sedang melaluinya. Nasihat saya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diteguhkan iman dan kesabaran dalam diri kita.Amin.........

Thursday, January 14, 2010

Kembali Ke Sekolah

Sudah masuk 2 minggu sesi persekolahan 2010 bermula. Tahun ini aku sudah tidak lagi mengajar subjek BI. Sebaliknya aku telah diberi tanggungjawab untuk mendidik murid-murid Tahun 3 Cempaka dalam subjek BM dan Matematik. Tanggungjawabku adalah untuk memastikan murid-murid 3C boleh membaca dan mengira. Aku sahut cabaran itu walaupun agak berat.Tahun ini juga aku berulang-alik dari rumahku di Jelawat. Masa untuk sampai ke sekolah lebih kurang 30 minit. Tugasku di sekolah pula tidak banyak berubah. Aku masih lagi memegang jawatan penyelaras makmal komputer, unit beruniform dan guru ict. Manakala jawatan penyelaras kantin telah berjaya aku tolak dalam mesyuarat JKS 2010 yang diadakan kelmarin. Bukan apa, banyak sangat jawan penyelaras yang terpaksa aku sandang. Sedangkan di sekolah ini masih ramai lagi guru lain. Kadang-kadang terlintas di benak fikiranku pembahagian tugas tidak adil kerana ada guru yang langsung tidak pegang jawatan penting.SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute