Wednesday, May 19, 2010

Fikirkan Sejenak


Sama-samalah kita renung dan fikirkan dialog di atas.

Monday, May 17, 2010

Kad Hari Guru


Wednesday, May 12, 2010

Kursus Pembelajaran Berpusatkan Murid

Bermula 11 Mei sehingga 13 Mei 2010, aku menghadiri satu kursus di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Besut. Kursus ini bertajuk" Pembelajaran Berpusatkan Murid". Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Pelbagai perkara baru yang dapat aku ketahui sepanjang mengikuti kursus ini. Guru-guru yang terlibat dalam kursus ini datangnya dari Terengganu dan Kelantan.

Monday, May 10, 2010

SELAMAT HARI IBU

Ibu,Ibu.... engkaulah ratu hatiku..... Kita sering mendengar nyanyian lagu ini apabila tibanya sambutan hari ibu. Tapi sedarkah kita betapa tingginya martabat seseorang ibu? Kita tahukah sejauhmana kasih kita kepada mereka? Pengorbanan mereka begitu besar dan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hargailah mereka setiap masa selagi mereka ada di dunia ini. Janganlah kita melukakan hati mereka semata-mata untuk kepuasan kita sendiri. Betullah kata pepatah " Seorang ibu mampu menjaga anak yang ramai" tetapi mampukah anak itu menjaga seorang ibu apabila tua nanti. Hari ini kita boleh melihat sendiri betapa ramainya golongan ibu yang dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua oleh anak-anak mereka sendiri. Alasannya cuma tidak mampu untuk mengurus keperluan mereka kerana sibuk dengan hal duniawi. Sedarlah wahai anak-anak sekalian jasa ibu tiada tandingannya. Abdikan diri kita kepada mereka selagi nyawa dikandung badan. Biarkan hidup mereka berakhir dengan kegembiraan. Selamat Hari Ibu. Kaulah segalanya untukku dan permata yang paling berharga untuk diriku.

Wednesday, May 5, 2010

SELAMAT HARI GURU

Bulan Mei bertandang lagi. Sekali lagi kita akan merayakan sambutan 'Hari Guru'. Tahun ini merupakan tahun yang ke-11 aku menyambut hari guru dalam hidupku sebagai seorang pendidik. Tanpa didikan seorang guru sudah tentu aku tidak akan berada dalam profesion ini sekarang. Terima kasih kepada semua guru yang banyak menabur jasa memberi didikan kepada setiap muridnya. Selamat hari guru untuk semua guru di dunia.
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute