Thursday, January 27, 2011

Majlis persaraan Guru Besar



Ini merupakan majlis yang diadakan sempena persaraan Guru Besar yang diadakan pada 19 Januari 2011 yang lalu. Beliau bersara pada usia 56 tahun. aku berada di bawah pentadbirannya hampir 1 tahun setengah. Pada 1 Februari ini aku akan mendapat khidmat seorang lagi guru besar yang sebelum ini bertugas di SK Kuala Setiu, Setiu, Terengganu. Aku harap guru besar seorang yang pandai mengambil hati pegawai-pagawai di bawahnya.

Monday, January 24, 2011

Azam 2011

Setiap tahun setiap orang membuat azam yang baru. Namun begitu, aku masih tidak menetapkan azam yang muktamad pada tahun 2011 ini kerana banyak lagi yang aku impikan pada tahun-tahun sebelumnya belum lagi aku capai. Akan tetapi, aku mengharapkan pada tahun 2011 ini akan memberikan perkhabaran yang gembira buat ku dan isteri yang telah lama menanti kehadiran cahayamata yang kedua dalam ikatan perkahwinan kami. Semoga azam ini dapat dicapai kali ini dengan restu Ilahi. Aku juga berharap tahun ini memberikan rezeki yang lebih lumayan kepadaku sekeluarga demi hidup yang lebih baik tanpa menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas pemotongan pinjaman perumahan dilakukan lebih setahun yang lalu. Bagiku apa yang aku harungi selama ini adalah ujian daripada Ilahi dan kerana kebodohan ku sendiri.

Kembali bertaut

Sudah lama aku tidak menulis di dalam blog ini kerana sibuk dengan tugasan harian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, aku sudah buntu untuk menulis atau memaparkan apa-apa hebahan terkini buat tatapan rakan-rakan yang melayari blog ini. Terima kasih kepada yang masih sudi mengunjungi blog saya walaupun sudah lama tiada paparan yang terbaru. Saya akan cuba mengisi segala kekosongan yang ada pada tahun ini. Insya-Allah.
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute