Monday, June 28, 2010

Serangan Makhluk Halus

Pada hari Khamis yang lalu, seorang anak muridku dari Tahun 3 Cempaka telah disamput oleh makhluk halus. Tindakannya agak agresif. Aku dan kawanku memberi pertolongan kepadanya pada peringkat awal sehinggalah kami bawakannya ke rumah seorang bomoh untuk diubati. Lebih kurang satu jam lebih pelajarku bertarung dengan bomoh yang mengubatinya. Aku begitu terkejut bila mendapati sikap dan kelakuannya boleh bertukar begitu ganas sekali. Inilah yang dikatakan tindakan dalam keadaan tanpa sedar oleh pelakunya. Aku tidak terkejut kerana aku sendiri pernah melaluinya. Tapi tiada yang lebih hebat daripada kekuasaan Allah SWT. Ingatlah bahawasanya Allah itu lebih berkuasa daripada segalanya.
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute