Monday, December 7, 2009

Kereta jatuh di KB Mall


Sebuah kereta terjunam dari tingkat atas pasar raya KB Mall kelmarin. Dua orang maut dalam kejadian tersebut.Mangsa yang maut merupakan pelajar kolej Master Skills yang berhampiran dengan pasar raya berkenaan. Kejadian itu berlaku pada pukul 5 ptg kelmarin merupakan satu tragedi yang agak mengejutkan para pengunjung pasar raya berkenaan.

Wednesday, November 18, 2009

Lawatan ke TUDM















Saya telah berkesempatan melawat Pangkalan TUDM di Gong Kedak pada 17.11.09. Lawatan ini diadakan bagi mengisi masa lapang para pelajar tahun 6. Di TUDM, kami di bawa melawat helikopter Nuri, Jet pejuang Sukhoi dan bomba. Saya sempat meninjau helikopter Nuri,Shukoi dan kereta bomba yang baru diterima oleh TUDM yang berharga 2.5 juta. Pelbagai demontrasi diadakan semasa di balai bomba TUDM. Antaranya pertunjukkan memadamkan kebakaran. Saya dan yang lain juga berpeluang melihat sukhoi membuat latihan untuk LIMA'09. Ini antara gambar yang sempat saya rakamkan.

Tuesday, November 10, 2009

Sang Kijang kecewa lagi

The Red Warriors muncul sebagai naib juara piala malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan. Mutu permainan yang ditunjukkan oleh para pemain Kelantan begitu lemah terutamanya barisan pertahanan. Persembahan yang ditunjukkan tidak begitu menarik dan berbeza semasa mereka menentang Perlis pada peringkat separuh akhir. Walaupun jumlah penyokong yang datang ke Stadium Nasional begitu memberansangkan untuk memberi sokongan, tetapi semua itu belum memadai untuk menaikkan semangat perjuangan pemain-pemain Kelantan.Ekoran itu,para penyokong memberontak dan membaling mercun ke arah padang sehinggakan persatuan bolasepak Kelantan ( KAFA )bakal menerima hukuman daripada FAM. Para penyokong tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Sepatutnya kita kena menerima dengan hati yang terbuka. Sudah adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Namun begitu, syabas diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya muncul sebagai naib juara Piala Malaysia. Teruskan perjuangan dan jangan sesekali-kali patah semangat. Cuba lagi tahun depan.

Thursday, November 5, 2009

Selamat Pengantin Baru


Tahniah diucapkan kepada ustazah J-Qaf SK Alor Peroi iaitu Mazilahwati yang akan melangsungkan perkahwinan pada 29 November ini. Selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berbahagia hendaknya sehingga ke akhir hayat. Saya juga doakan agar cepat-cepat dikurniakan cahayamata. Pandai-pandailah melayari bahtera berumahtangga. Selamat Pengantin Baru................

SIAPA BAKAL JUARA ?



Pasukan manakah bakal menjuarai Piala Malaysia Sabtu ini di Stadium Putra Bukit Jalil dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Pasukan Kelantan atau Negeri Sembilan? Sekiranya Kelantan menjuarai piala tersebut, ini akan menamatkan penanti selama 40 tahun pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors ini.Menteri Besar Kelantan,Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan akan memberikan ganjaran yang istimewa dan tak pernah diberikan oleh persatuan bolasepak negeri lain sebelum ini.Apa pun, pasukan Negeri Sembilan tentulah digeruni oleh Kelantan kerana mereka kerap layak ke episod akhir piala berprestij ini.Walaupun begitu,kemampuan Kelantan tidak boleh dipandang rendah. Bagaimanakah percaturan di antara dua jurulatih yang bertanggungjawab membawa pasukan masing-masing ke arena akhir Piala Malaysia iaitu Wan Jamak Wan Hassan dan B.SathiaNathan. Sama-samalah kita menantikan jawapannya Sabtu ini. Sokonglah sukan bolasepak negara kita.

Wednesday, November 4, 2009

Borang Prestasi Tahunan

Hai kawan-kawan semua, sibuk isi borang prestasi tahunan ke? Rilek ler, sekolah dua minggu lagi mula bercuti. Jangan lupa pula nak periksa kertas OTI 6 kerana sibuk dengan borang prestasi tahun ini. Jangan bimbang,tentu GB dah ada calon untuk dinobatkan sebagai guru cemerlang tahun ni. Kalau tak dapat tu, jangan pula marah ye. Apa yang penting kita teruskan dengan kerja dan amanah yang dipikul oleh kita untuk tahun depan. Selamat bercuti dan selamat maju jaya. Takbir..................

Monday, November 2, 2009

Sang Kijang Ke akhir Piala Malaysia





Pasukan The Red Warrior telah berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia setelah membelasah Singa Utara dengan jaringan 3-1. Ke semua jaringan dilakukan oleh Nor Farhan yang menjadi wira Kelantan apabila membuat hatrik dalam perlawanan separuh akhir kedua malam tadi di Stadium Utama, Kangar. Nor Farhan menghampakan puluhan ribu penyokong tuan rumah. Setelah menanti hampir 40 tahun, akhirnya Kelantan berjaya melangkah dengan penuh bergaya ke pentas akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil hujung minggu ini. The Red Warrior akan bertemu dengan Pasukan Negeri sembilan yang berjaya menewaskan Terengganu dengan 3-1. Semoga Kelantan akan berjaya membawa balik Piala yang menjadi rebutan ramai ini ke bumi Kelantan. Gomo Kelate Gomo. Kelantan Boleh...................

Sunday, November 1, 2009

Sekadar peringatan bersama

AIRMATA RASULULLAH SAW...



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita

Thursday, October 29, 2009

Pekin Ibrahim



Ini gambar saya bersama pelakon Pekin Ibrahim. Sebenarnya Pekin Ibrahim mempunyai tali kekeluargaan dengan isteri saya. Mak mentua saya merupakan anak saudara kepada ibu pelakon berkenaan.

Logo Sang Kijang


Inilah logo yang menaikkan semangat para pemain dan peyokong bola sepak Kelantan pada tahun 2009. Syabas kepada peneraju pasukan The Red Warrior iaitu Tan Sri Anuar Musa.

Wednesday, October 28, 2009

Foto kakitangan SKAP

Kelantan Bakal ke Akhir Piala Malaysia 2009


Kelantan telah meletakkan sebelah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 apabila menewaskan Perlis 2-0 di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu malam tadi. Sekiranya pasukan the Red Warrior yang dibimbing oleh B.Sathianathan berjaya mengekalkan momentum tersebut di Stadium Kangar Sabtu ini, Kelantan akan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah sekian lama menanti. Tahniah kepada pasukan The RED WARRIOR. Teruskan kehebatan. Kelantan Boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 25, 2009

TAK LAMA LAGI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar semua. Tak lama lagi kita akan mula bercuti. Semoga bergembira bersama keluarga. Tapi jangan lupa, siapkan semua kerja yang masih belum dibereskan sebelum cuti. Minggu depan, peperiksaan akhir tahun bermula. Bertambah lagilah kerja kita semua. Walaupun bonus sikit tahun ni, teruskan komitmen kerja kita. Akhir sekali, selamat bercuti.

Thursday, October 22, 2009

Renungan

Hayatilah hidup ini dengan penuh keikhlasan dan kejujuran sebelum kita dipanggil pulang oleh Yang Maha Esa. Ingat hidup ini hanyalah sementara. Akhirat nanti kita akan kekal selamanya. Selagi hayat dikandung badan, perbanyakkanlah amal ibadat kita kepadaNya sebelum terlambat. Sesungguhnya mati itu betul. Setiap manusia akan merasai kematian. Taubatlah sebelum terlambat. Amin.

Thursday, October 1, 2009

Rumahku





Inilah rumah yang ku beli kat Jelawat. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku memiliki sebuah rumah sendiri.
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute