Monday, March 22, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya aku telah dipilih oleh majikan tempat aku bertugas untuk menerima APC bagi tahun perkhidmatan 2009. Satu lagi berita gembira yang aku terima selepas surat DGA32 aku sampai. Inilah dikatakan rezeki yang datang tanpa diduga atas kehendakNya.

Tuesday, March 9, 2010

DGA32

Alhamdullillah akhirnya sampai juga kenaikkan pangkatku ke gred DGA32. Aku ingatkan dah tiada tahun ini sebab lambat sangat keputusannya diwartakan. Aku bersyukur kepada Allah yang telah memilihku untuk layak mengisi kekosongan ke gred DGA32 ini. Sekaligus dapatlah meringankan lagi bebanan yang ditanggung oleh aku setelah pemotongan pinjaman perumahan dibuat awal Oktober 2009 lalu. Kepada rakan-rakan yang menerima berita yang sama aku ingin mengucapkan tahniah dan sama-samalah kita bekerja dengan lebih kuat lagi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi bekerja kerana Allah. Jangan jadikan diri kita sebagai manusia yang suka membodek majikan demi kepentingan diri sendiri sehingga menyusahkan kehidupan rakan-rakan disekeliling kita.
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute