Monday, May 10, 2010

SELAMAT HARI IBU

Ibu,Ibu.... engkaulah ratu hatiku..... Kita sering mendengar nyanyian lagu ini apabila tibanya sambutan hari ibu. Tapi sedarkah kita betapa tingginya martabat seseorang ibu? Kita tahukah sejauhmana kasih kita kepada mereka? Pengorbanan mereka begitu besar dan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hargailah mereka setiap masa selagi mereka ada di dunia ini. Janganlah kita melukakan hati mereka semata-mata untuk kepuasan kita sendiri. Betullah kata pepatah " Seorang ibu mampu menjaga anak yang ramai" tetapi mampukah anak itu menjaga seorang ibu apabila tua nanti. Hari ini kita boleh melihat sendiri betapa ramainya golongan ibu yang dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua oleh anak-anak mereka sendiri. Alasannya cuma tidak mampu untuk mengurus keperluan mereka kerana sibuk dengan hal duniawi. Sedarlah wahai anak-anak sekalian jasa ibu tiada tandingannya. Abdikan diri kita kepada mereka selagi nyawa dikandung badan. Biarkan hidup mereka berakhir dengan kegembiraan. Selamat Hari Ibu. Kaulah segalanya untukku dan permata yang paling berharga untuk diriku.

0 comments:

Post a Comment

ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute