Monday, February 1, 2010

Sekadar Renungan

Hari ini sudah masuk bulan yang kedua dalam tahun 2010. Tahun ini merupakan tahun yang ke-11 aku berkhidmat sebagai seorang guru. Jika peringkat awal aku menjejakkan kaki di Maktab Perguruan dulu, aku masih tidak dapat menerima yang aku akan menjadi seorang guru. Ini kerana cita-citaku sebenarnya bukannya menjadi seorang guru. Inilah kebesaran Ilahi, menentukan nasib diriku di dalam bidang keguruan. Tetapi setelah 10 tahun melaluinya, aku semakin seronok walaupun kadang kala jiwaku tertekan dengan bebanan tugasan yang diberikan. Seperti kata pepatah " Alah bisa tegal biasa ". Jika kita tidak sanggup berdepan dengan segala kemungkinan yang berlaku, sudah pasti kita akan rebah dan kalah sebelum berjuang. Jalankanlah amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan sebelum kita mengecapi kemanisan. Akhir kata, apa-apa pekerjaan yang dilakukan hendaklah dengan keikhlasan.

0 comments:

Post a Comment

ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute