Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. • Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu • Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... • Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah • Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara • Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa • Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan • Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha • Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan... • Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal • Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya • Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. • Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan • Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat • Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Disholatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. • Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat • Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik • Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... • Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... • Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis • Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka • Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... . • Kini Kau Tinggal Seorang Diri • Tiada Teman Dan Tiada Kerabat • Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. • Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri • Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku • Hari Ini,.... • Akan Kutunjukan Kepadamu • Kasih Sayang-Ku • Yang Akan Takjub Seisi Alam • Aku Akan Menyayangimu • Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang • Kembalilah Kepada Tuhanmu • Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya • Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku • Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Anda Ingin Beramal Shaleh...?
Tolong Kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu! Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin.... Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini. Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita??? Kesempatan ini marilah kita saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.
Pada hari Khamis yang lalu, seorang anak muridku dari Tahun 3 Cempaka telah disamput oleh makhluk halus. Tindakannya agak agresif. Aku dan kawanku memberi pertolongan kepadanya pada peringkat awal sehinggalah kami bawakannya ke rumah seorang bomoh untuk diubati. Lebih kurang satu jam lebih pelajarku bertarung dengan bomoh yang mengubatinya. Aku begitu terkejut bila mendapati sikap dan kelakuannya boleh bertukar begitu ganas sekali. Inilah yang dikatakan tindakan dalam keadaan tanpa sedar oleh pelakunya. Aku tidak terkejut kerana aku sendiri pernah melaluinya. Tapi tiada yang lebih hebat daripada kekuasaan Allah SWT. Ingatlah bahawasanya Allah itu lebih berkuasa daripada segalanya.
Bermula 11 Mei sehingga 13 Mei 2010, aku menghadiri satu kursus di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Besut. Kursus ini bertajuk" Pembelajaran Berpusatkan Murid". Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Pelbagai perkara baru yang dapat aku ketahui sepanjang mengikuti kursus ini. Guru-guru yang terlibat dalam kursus ini datangnya dari Terengganu dan Kelantan.
Ibu,Ibu.... engkaulah ratu hatiku.....Kita sering mendengar nyanyian lagu ini apabila tibanya sambutan hari ibu. Tapi sedarkah kita betapa tingginya martabat seseorang ibu? Kita tahukah sejauhmana kasih kita kepada mereka? Pengorbanan mereka begitu besar dan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hargailah mereka setiap masa selagi mereka ada di dunia ini. Janganlah kita melukakan hati mereka semata-mata untuk kepuasan kita sendiri. Betullah kata pepatah " Seorang ibu mampu menjaga anak yang ramai" tetapi mampukah anak itu menjaga seorang ibu apabila tua nanti. Hari ini kita boleh melihat sendiri betapa ramainya golongan ibu yang dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua oleh anak-anak mereka sendiri. Alasannya cuma tidak mampu untuk mengurus keperluan mereka kerana sibuk dengan hal duniawi. Sedarlah wahai anak-anak sekalian jasa ibu tiada tandingannya. Abdikan diri kita kepada mereka selagi nyawa dikandung badan. Biarkan hidup mereka berakhir dengan kegembiraan. Selamat Hari Ibu. Kaulah segalanya untukku dan permata yang paling berharga untuk diriku.
Bulan Mei bertandang lagi. Sekali lagi kita akan merayakan sambutan 'Hari Guru'. Tahun ini merupakan tahun yang ke-11 aku menyambut hari guru dalam hidupku sebagai seorang pendidik. Tanpa didikan seorang guru sudah tentu aku tidak akan berada dalam profesion ini sekarang. Terima kasih kepada semua guru yang banyak menabur jasa memberi didikan kepada setiap muridnya. Selamat hari guru untuk semua guru di dunia.
Bila sebut perkataan susah semua orang benci mendengarnya. Malah pelajar-pelajar sekolah paling benci jika tugasan yang diberikan kepada mereka itu susah untuk diselesaikan. Apa yang orang paling takut lagi ialah hidup susah. Kalau diberi pilihan, tiada seorang pun di dunia ini yang ingin hidup susah. Dengan kata lainnya "MISKIN". Semua orang mahu kaya dan hidup senang. Duit begitu mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Tiada duit bermakna hidup akan menjadi kucar-kacir dan tidak tenteram. Tapi ingatlah semua bahawa duit itu bukanlah segala-galanya. Ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit. Terimalah ujian daripada Yang Esa dengan hati yang tulus dan penuh kesabaran. Panjatkan doa selalu kepadaNya nescaya suatu hari nanti kita juga akan menikmati kemanisan itu. Percayalah bahawasanya rezeki itu akan muncul juga sekiranya kita yakin dengan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Setiap janji yang ditabur olehNya akan ditunaikan. Ingat dan yakinlah pahit akan manis akhirnya sepertimana lagu nyanyian kumpulan Ukays yang sangat popupar di awal tahun 1990-an dulu.